WELCOME TO ARMY_RULES BLOG

Friday, June 29, 2012

PERLAWANAN PERINGKAT KUMPULAN G MALAYSIA VS CHINESE TAIPEI



Perlawanan yang diadakan di Yongon, Myanmar untuk KELAYAKAN AFC U22 2013 telah dimenangi oleh Team harimau Muda (Malaysia) yang menewaskan Chinese Taipei dengan jaringan 4 berbalas 2. 4 gol daripada Malaysia U22 itu telah dijaringkan oleh Rozaimi Abdul Rahman , 2 gol pada minit 8 dan 41, 1 gol dari D. Saarvindran pada minit ke 79 dan satu gol hasil jaringan sendiri pemain pihak lawan. Pemain Chinese Taipei memberi saingan dengan menjaringkan 2 gol hasil pemain Hseih Meng Hsuan (m-51) dan Wen Chih Hao (m-90+3)….


Dengan kemenangan tersebut Malaysia U22 kini berada di tempat 3 peringkat kumpulan G di bawah pasukan Korea Selatan dan tuan rumah Myanmar. Dengan perlawanan seterusnya menentang Vietnam pada 30 June 2012 sebelum perlawanan akhir peringkat kumpulan dengan Malaysia menentang Myanmar pada 3 July 2012…..


Diharapkan pemain Harimau Muda (Malaysia) dapat memenangi kedua-dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan G untuk ke  peringkat yang seterusnya. Di harapkan juga pasukan muda Malaysia U22 dapat mengharumkan nama Malaysia ke persada bola sepak Asia…..


Separuh Akhir 2 EURO 2012 (Germany vs Italy)


Germany vs Italy

 


        SEPARUH MASA PERTAMA, pada 10 minit awal menunjukkan perlawanan seakan seimbang dengan kedua-dua pasukan saling mengasak ke kubu lawan untuk mencari gol awal. Namun apabila masa masuk minit ke 15, Italy telah pun menguasai perlawanan dengan cubaan berbahaya ke arah Neuer. Dan setelah berlakunya kelam kabut di sebelah kiri kubu jerman, hantaran dari Andrea Pirlo berjaya ditanduk kemas oleh Mario Balotelli pada minit ke-20. Super Mario sekali lagi berjaya menjaringkan gol pada minit ke 36, dengan membuktikan bahawa dia seorang penyerang yang hebat walaupun bermasalah dengan tendangan padunya menewaskan Manuel Neuer.

Dua Jaringan dari Super Mario (Italy)

          SEPARUH MASA KEDUA, Jerman cuba bangkit dengan kemasukan Miroslav Klose, Reus dan Thomas Mueller tidak menghasilkan apa dengan corak permainan kedua-dua pasukan adalah seimbang sepanjang 45 minit. Walaupun 10 minit terakhir Jerman menunjukkan serangan bertali-arus namun tetap tidak dapat menggoyahkan pertahanan Italy yang diketuai Buffon. Namun pada masa kecederaan, Jerman mendapat gol melalui penalti yang disempurnakan oleh Mesut Ozil setelah bola terkena tangan pertahanan Italy pada minit 90 + 2….

Mario Gomez (Germany) vs Mario Balotelli (Italy)

         Pada aku, pertahanan Jerman amat mengecewakan dengan ketumpulan jentera serangannya tetapi Italy berhak menang pada perlawanan tersebut dengan bahagian serangan cukup hebat dengan cubaan berbahaya seperti Di Natale, Andrea Pirlo, Machisio, Cassano dan Balotelli. Dengan pertahanan yang diketuai oleh The Legendary Gianluigi Buffon sebagai kapten dan penjaga gol Italy. Perlawanan yang hebat dan kelebihan ternyata pada pasukan Italy walaupun Jerman cuba menguasai serangan pada awal dan akhir perlawanan….

          Perlawanan Akhir akan menemukan Juara Dunia dan Juara Bertahan Euro 2012 , Spain menentang Juara Dunia 2006, Italy pada 2 Julai 2012 pada pukul 2.45 a.m pada waktu tempatan dengan pastinya satu perlawanan yang hebat dan sengit……
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THE WAY OF MY LIFE