2 Pahlawan Badminton dunia
berentap bagi merebutkan Pingat Emas Sukan Olimpik London 2012 iaitu Lee Chong
Wei, Malaysia menentang Juara Bertahan dari China Lin Dan. Setelah 79 minit
berlalu di Arena Wembley dengan perlawanan yang amat sengit serta mendebarkan, ternyata Tembok
Besar China susah dirobohkan oleh Dato Lee Chong Wei yang merupakan
satu-satunya atlet harapan Malaysia bagi membawa pulang Pingat Emas Pertama sukan Olimpik ke Malaysia
masih tidak kesampaian.
Sesiapa pon tidak boleh menafikan
kejaguhan kedua-dua permain Badminton tersebut dengan menunjukkan perlawanan
yang sangat sengit, dengan masing-masing memberikan 100% kekuatan sebenar untuk
memenangi perlawanan. Namun kehebatan Lin Dan selaku pemain no-1 dunia dan
Juara Bertahan ternyata susah mahu dilawan. Pada set pertama, Lee Chong Wei
sudah menunjukkan semangat sebenar untuk melawan dan Lin Dan banyak melakukan
kesalahan jarak lalu dimenangi oleh pemain Malaysia.
Tetapi di set kedua, Lin Dan
tanpa menoleh ke belakang jauh meninggalkan Dato Lee Chong Wei dan dengan mudah
permain China tersebut memenangi set kedua. Dan di set ketiga, perlawanan
sengit ditunjukkan dengan perbezaan mata tidak jauh antara satu sama lain
dengan sering bertukar untuk mendahului. Namun, kesilapan Lee Chong Wei di mata-mata
terakhir serta kehebatan Lin Dan telah berjaya memenangi set penentuan dan
memenangi Pingat Emas keduanya di temasya Sukan Olimpik.
Sekali lagi lagu Negaraku sepi di
Kota London mahupun di temasya Sukan Olimpik dengan lagu kebangsaan China telah
berkumandang untuk kali keempat di dewan tersebut setelah mix double, women
double, perseorangan wanita dan lelaki badminton di menangi oleh permain Tembok
Besar. Tetapi di penghujung perlawanan menunjukkan 2 tangisan yang berbeda
iaitu tangisan kegembiraan oleh Lin Dan kerana dia tahu perlawanan tersebut
amat susah dan sengit untuk dimenangi.
Manakala tangisan kesedihan
menimpa kem negara terutama jaguh badminton negara Lee Chong Wei dengan
tertewasnya di tangan permain China tersebut kerana ini mungkin sukan Olimpik
terakhir kepada beliau sebelum mengantungkan raketnya untuk bersara dari arena
sukan badminton. Tetapi tewasnya beliau adalah ketewasan bermaruah dengan
keazaman dan semangat juang yang jitu. Masihkah kita ingat bahawa Lee Chong Wei
mengalami kecederaan yang teruk sebelum kejohanan ini berlangsung tetapi dia
masih berusaha memulihkan kecederaannya dengan cepat sehinggakan dunia terkejut
dengan penyembuhan drastik beliau dan WADA iaitu satu badan dunia sukan bagi
memeriksa penggunaan dadah terlarang dari atlet, mengadakan pemeriksaan
mengejut pada Lee Chong Wei kerana mereka merasakan mustahil bagi seseorang
pulih dari kecederaan yang teruk dengan kadar cepat.
Namun persoalan terakhir,
sekiranya Dato Lee Chong Wei bersara, siapakah akan menjadi pengganti beliau
untuk meneruskan generasi kehebatan permain negara? Tetapi, kita masih boleh
memberikan harapan kepada permain muda seperti Zulfadli, Misbun Ramdan, Chong
Wei Feng, Ariff Latif dan ramai lagi untuk meningkatkan kekuatan serta teknikal
masing-masing sekiranya ingin menjadi juara dunia mahupun meneruskan legasi
Olimpik negara untuk mencari pingat emas idaman seluruh rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment